Tarikh: 26 Disember 2018

Masa :3.00 ptg - 5.00 ptg

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : 6 orang

Tujuan : Memperkenalkan kelebihan dan kebaikan Dashboard Komuniti (DK) kepada peserta. Taklimat ringkas dan panduan menggunakan DK melalui komputer dan telefon pintar.

Aktiviti : Peserta juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi DASHBOARD KOMUNITI dan layak menerima hadiah berupa T-Shirt Dashboard Komuniti. Peserta bermain puzzle online.

Tarikh: 27 Disember 2018

Masa :4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi :Pusat Internet Sg Haji Dorani

Peserta : 1 orang

Tujuan : Memberi tunjuk ajar kepada Pelajar Pra-U, Hafizul Akmal mengenai asas Adobe Illustrator dan Photoshop. Pelbagai ilmu dan kemahiran dikongsi dan beliau cepat belajar.

Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat kertas kerja program.

Tarikh: 21 Disember 2018

Masa :9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi :Pusat Internet Sg Haji Dorani

Peserta : 8 orang

Tujuan : Kelas yang bertujuan untuk mengajar pelajar asas menggunakan perisian Microsoft Word. Dimulakan dengan pengenalan ikon aplikasi di dalam perisian dan pealjar dikehendaki membuat biodata dengan menggunakan jenis dan bentuk tulisan yang kreatif.

Aktiviti : Pelajar juga melakukan aktiviti pertandingan menaip biodata bagi meningkatkan kemahiran menaip.

Gambar Disini

Tarikh: 28 Disember 2018

Masa :10.00 pagi - 12.00 pagi

Lokasi :Pusat Internet Sg Haji Dorani

Peserta : 10 orang

Tujuan : Ceramah Motivasi dan persediaan menghadapi sesi persekolahan baru bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Ia bertujuaan untuk menaikkan semnagat untuk kembali belajar di sekolah di dalam diri pelajar.

Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah menonton lagu semangat untuk kembali ke sekolah, Pertandingan menaip pantas, Penyampaian cenderahati dan hadiah pertandingan.

Gambar Disini

Tarikh: 16 Disember 2018

Masa :9.00 pagi - 1.30 petang

Lokasi :Pusat Internet Sg Haji Dorani

Peserta : Warga komuniti Sg Haji Dorani dan Agensi-agensi

Tujuan : Program yang dirasmikan oleh Tuan Shamsharol Mohamed Yusoff selaku Pengerusi MPKK Kampung SHD ini bertujuan memberikan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Pusat Internet telah mangambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan Saringan Kesihatan SETIAP HARI kepada komuniti seperti pemeriksaan;
1. Berat Badan Ideal (BMI)
2. Tekanan Darah
3. Kandungan Gula Dalam Darah

Warga Kampung SHD dialu-alukan untuk datang ke Pusat Internet dan merasai sendiri perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, Pusat Internet SHD juga telah dipilih sebagai Pusat untuk Program Pengurusan Berat Badan (COMEY). Setiap bulan peserta yang berjaya menurunkan berat badan layak menerima anugerah.

Mini Gym juga diwujudkan bagi menarik minat dan mendidik generasi muda untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul.

Tahniah kepada pihak pengurusan Studio Agilis dan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

Kami petugas dan sukarelawan PUSAT INTERNET menyokong penuh kempen kesedaran dan memperkasakan rakyat Malaysia mengenai amalan gaya hidup sihat.

Aktiviti : Pelbagai permainan menarik, demontrasi makanan sihat, ceramah kesihatan oleh pihak agensi AADK, Unit Vektor, serta cabutan bertuah.

Gambar Disini