Tarikh: 17 November 2018
Masa :10.00 pagi - 12.00 t/hari
Lokasi :PI Sungai Haji Dorani
Peserta : 10 Orang
Tujuan :Bertujuan melatih peserta cara mengambil foto yang betul dengan bantuan pencahayaan yang baik.
Peserta mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan foto tersebut dihantar kepada petugas menggunakan aplikasi whatsApp untuk penilaian.
Peserta juga berasa teruja melihat kualiti foto yang diambil sendiri.
Aktiviti : Pertandingan fotografi terbaik di kalangan peserta dan pemenang mendapat cenderahati dari petugas Pusat Internet.
Tarikh: 13 November 2018
Masa :9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi :PI Sungai Haji Dorani
Peserta : 20 orang
Tujuan :Program Pencerahan Meningkatkan Hasil Perolehan Bersama TEKNOLOGI D.I GROW Malaysia.
Banyak ilmu dan kemahiran yang telah dikongsi demi menjana ekonomi dengan FORMULA ABC+D.
Aktiviti : Demontrasi video cara penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik.
Tarikh: 10 November 2018
Masa :10.00 pagi - 12.00 t/hari
Lokasi :PI Sungai Haji Dorani
Peserta : 1 Orang
Tujuan : Memberi tunjuk ajar kepada Pelajar Pra-U, Hafizul Akmal mengenai rekabentuk poster dan kain rentang. Pelbagai ilmu dan kemahiran dikongsi dan beliau cepat belajar.
Aktiviti : Menyiapkan rekabentuk poster dan mendapat cenderahati dari Pusat Internet.
Tarikh: 11 November 2018
Masa :9.00 pagi - 12.00 t/hari
Lokasi :Studio Agilis Sungai Besar
Peserta : Pihak Pengurusan Studio Agilis, Pejabat Kesihatan Sg Besar dan sukarelawan Kospen PI Sg Haji Dorani
Tujuan : Program pelancaran KOSPEN CORNER dan membantu Sukarelawan Kospen membuat saringan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI.
Tahniah kepada pihak pengurusan Studio Agilis dan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.
Kami petugas dan sukarelawan PUSAT INTERNET menyokong penuh kempen kesedaran dan memperkasakan rakyat Malaysia mengenai amalan gaya hidup sihat.
Aktiviti : Membuat saringan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI, senamrobik serta pertandingan senaman berkumpulan.
Tarikh: 2 November 2018
Masa :9.00 pagi - 12.00 t/hari
Lokasi :SK Sekendi Sabak Bernam
Peserta : Murid tahap 2 dan Guru
Tujuan :Program dimulakan dengan taklimat Teknologi & Anda yang menerangkan tentang evolusi perkembangan teknologi yang sangat pantas.
Seterusnya taklimat Klik Dengan Bijak yang bertujuan mendidik pengguna melayari internet dengan cara yang selamat.
Tayangan video juga diadakan bagi memberikan gambaran jelas kepada peserta tetang pentingnya mengutamakan aspek keselamatan dan tanggungjawab semasa melayari internet.
Aktiviti : Pelbagai acara dan permainan dilaksanakan yang pastinya memberikan keseronokan dan pelbagai hadiah diberikan kepada pemenang.