Tarikh

: 6 Mac 2019

Masa

: 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Lawatan sambil belajar bagi mengetahui bagaimana pelaksanaan Program KOSPEN di Kampung Sungai Haji Dorani. Ia juga bertujuan memberi pendedahan cara melakukan saringan kesihatan kepada komuniti dan mengukur keberkesananan kempen kesihatan yang telah dilaksanakan oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani.

Aktiviti

    • Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Ahmad Hariz selaku Ketua Penyelaras KOSPEN Daerah Sabak Bernam.
    Seterusnya demonstrasi saringan kesihatan oleh petugas Pusat Internet.

Gambar Disini

Tarikh

: 1 Mac 2019

Masa

: 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: Warga Komuniti Kg Sg Haji Dorani

Tujuan

Bertujuan untuk membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosio ekonomi serta pembangunan yang mampan. Warga Komuniti Kg Sg Haji Dorani tidak perlu menunggu giliran di klinik atau berbayar di Farmasi kerana di Pusat Internet percuma. Perkhidmatan ini berjalan setiap hari dari jam 10.00 Pagi- 5.00 Petang kecuali cuti umum.

Aktiviti

  • Saringan kesihatan yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet antaranya:
  • -BMI
  • -Tekanan Darah

-Kandungan Gula Dalam Darah

Gambar Disini

Tarikh

: 17 Februari 2019

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Bertujuan memberikan pengenalan kepada perkakasan komputer (netbook) kepada peserta.

Aktiviti

Selain itu, peserta juga ditunjukkan cara pemasangan komponen netbook yang betul.

Peserta juga teruja untuk mengenali bahagian² yang terdapat pada netbook seperti kamera web, skrin panel sentuh dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, peserta menghidupkan dan menggunakan netbook untuk mendengar lagu dan menonton cerita di youtube.

 Gambar Disini

Tarikh

: 13 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: Warga Komuniti Sungai Haji Dorani

Tujuan

Bertujuan Memperkenalkan Pusat Internet dan memberi hebahan kepada komuniti
setempat mengenai perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan oleh PI.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pameran dan taklimat agensi,saringan kesihatan percuma, bengkel ICT, taklimat advokasi ibubapa, promosi Dashboard Komuniti, cabutan bertuah, demontrasi hiasan kek, pertandingan menaip pantas, kuiz ICT Kahoot, Match Colour Match, sambutan Hari Wanita dan banyak lagi.

Antara Agensi yang terlibat :

1.Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Sg Panjang - Inisiatif Peduli Rakyat Negeri Selangor
2.COMBI Pejabat Kesihatan Daerah - Perangi Aedes, Cegah Denggi
3.AADK - Masih Ada Yang Sayang
4.AR-RAHNU YaPEIM Sg Besar - Perkhidmatan Cuci Emas, Tabungan Ibadah Korban
5.Pengurusan Air Selangor (SYABAS) - Semakan Bil Air, Tips Penjimatan Air

 Gambar Disini

Tarikh

: 16 Februari 2019

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Bertujuan membantu peserta menggunakan perisian PowerPoint bagi membuat tugasan sekolah.

Aktiviti

Peserta menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan informasi berkaitan tajuk tugasan.

Peserta juga membuka akaun email bagi memudahkan penghantaran tugasan tersebut melalui email kepada guru kelas.

Gambar Disini