Tarikh : 8 Mac 2018

Masa : 9.30 pagi - 1.00 t/hari

Lokasi :Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani

Peserta : 17 orang

Tujuan: Lawatan daripada Tabika Perpaduan Sepakat ke Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani pada adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan ibubapa pelajar tentang perkhidmatan PI1M serta melakukan aktiviti untuk para pelajar.

Aktiviti :  Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran keahlian, pertandingan mewarna online, pertandingan Puzzles serta acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Aktiviti sampingan adalah penyerahan cenderahati kepada guru-guru Tabika Perpaduan Sepakat.

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 28 Februari 2018

Masa : 3.00 - 5.00 petang

Lokasi :Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani

Peserta : 2 orang

 

Tujuan: Bertujuan untuk mengajar cara membuat surat menggunakan format yang betul di Microsoft Word disamping dapat mengetahui cara menggunakan perisian Microsoft Word.

Aktiviti :  Antara aktiviti adalah mengenali format-format surat dan mengenali fungsi di setiap ikon yang terdapat di dalam perisian Microsoft Word. Antara aktiviti sampingan adalah melayari Dashboard Komuniti dan laman web Sebenarnya.my.

Gambar Disini

Tarikh : 11 Februari 2018

Masa : 3.00 - 5.00 petang

Lokasi :Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani

Peserta : 9 orang

 

Tujuan: Bertujuan untuk pengenalan Dashboard Komuniti serta panduan log-in dan mengenali fungsi MyShop

 

Aktiviti :  Antara aktiviti adalah dapat mempromosikan kelebihan Dashboard Komuniti dan login menggunakan komputer serta mendalami kegunaan dan fungsi My Shop serta cara menggunakannya. Peserta juga telah memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon masing-masing.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Februari 2018

Masa : 9.00 - 10.00 pagi

Lokasi :Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani

Peserta : 4 orang

 

Tujuan: Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip para peserta.Peserta dapat mempelajari cara menaip dengan pantas dan meningkatkan kemahiran menaip.

Aktiviti :  Antara aktiviti adalah pertandingan menaip pantas secara online. Aktiviti sampingan yang dijalankan adalah panduan muatnaik gambar produk ke dalam Dashboard Komuniti (MyShop)

 

Gambar Disini

Tarikh : 24 Februari 2018

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi : Kg Nelayan Sg Haji Dorani

Peserta : Penduduk Kampung Nelayan Sg Haji Dorani

 

Tujuan: Untuk meningkatkan kesedaran warga komuniti tentang kepentingan saringan kesihatan dan cara menjalani gaya hidup sihat.

Aktiviti : Saringan Kesihatan Sempena Program Gotong-Royong Pembersihan Wabak Denggi di Kg Nelayan Sg Haji Dorani. Program kerjasama antara Kampung Sg Haji Dorani, Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani dan Kelab Belia Komuniti Sg Haji Dorani. Lebih 40 saringan berjaya dilakukan.

 Gambar Disini