Tarikh: 26 Ogos 2018
Masa :3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 7 orang
Tujuan : Memperkenalkan kelebihan dan kebaikan Dashboard Komuniti (DK) kepada peserta. Taklimat ringkas dan panduan menggunakan DK melalui komputer dan telefon pintar.
Aktiviti : Peserta juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi DASHBOARD KOMUNITI dan layak menerima hadiah berupa T-Shirt Dashboard Komuniti. Peserta menjawab soalan kuiz di dalam DK.
Tarikh: 18 Ogos 2018
Masa :3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 13 orang
Tujuan :Tujuannya memberikan kesedaran dan panduan melayari internet dengan selamat. Petugas memberikan taklimat KDB dan soal jawab bagi menguji kefahaman peserta.
Aktiviti : Selain itu, petugas juga memberikan penerangan berkaitan pertandingan Dashboard Komuniti dan cara menyertai Kuiz MyHealth.
Aktivti lain adalah seperti Pertandingan Menaip Pantas. Hadiah diberikan kepada 3 pemenang yang mendapat markah tertinggi.
Tarikh: 12 Ogos 2018
Masa :3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 10 orang
Tujuan : Bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang kaedah pertanian yang mudah dan ringkas
Aktiviti :Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat ringkas dan pengenalan tanaman menggunakan kaedah fertigasi.
Selain itu, peserta juga menonton video tanaman yang menggunakan kaedah fertigasi.
Tarikh: 19 Ogos 2018
Masa :3.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 10 orang
Tujuan : Bertujuan menyemai semangat Sayangi Malaysiaku melalui aktiviti mewarna poster sempena Bulan Kemerdekaan.
Aktiviti : Sebelum pertandingan, peserta mendengar taklimat dan diberikan latihan asas perisian Adobe Photoshop.
Walaupun baru pertama kali menggunakan perisian tersebut, mutu kerja dan kretiviti yang dihasilkan oleh peserta sangat membanggakan.
Hadiah juga diberikan kepada 3 peserta yang terbaik dan semua peserta menerima cenderahati berupa Jalur Gemilang.
Tarikh 11 Ogos 2018
Masa :10.00 pagi - 5.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 15 orang
Tujuan : Bertujuan memberikan panduan dan cara semaian yang mudah kepada peserta. Selain itu, dapat menyemai minat yang mendalam terhadap aktiviti pertanian.
Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat cara semaian yang betul, panduan rawatan anak pokok, demonstrasi penyediaan medium/tapak semaian, praktikal semaian benih pilihan, menanam anak pokok serta minum petang.