Nama Perniagaan    : Produk Choco Albab , Perkhidmatan Canting Batik, Jualan Produk Batik & Biskut Raya.

Nama Penjual          : Siti Zarulaini Binti Salleh

Alamat                      : Sungai Haji Dorani

Nombor Telefon       : 013-2816769

Lokasi Perniagaan   : 1) Pasar Budaya Palong Pt 8 Gambut Sg Besar ( Setiap Sabtu , 3.00pm-7.00pm)

                                   : 2) Nazbell Art Gallery (mengikut permintaan)

                                   : 3) Atas Talian ( Whatsapp, FB - Siti Ani , IG - Siti Ani , Tiktok - aini_senikraf )

Latok atau Anggur laut ialah sejenis rumpai laut dan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bajau Laut di Sabah.Latok ini terkenal di Malaysia, Jepun, Korea, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Bagi sesiapa yang berminat untuk tempahan atau mencuba boleh hubungi Puan Nur Fazlina Abd Jamil di nombor dan media sosial yang disediakan.

Nama : Latokpop by Fazlina Jamil

Facebook : Nur fazlina Ab Jamil

Instagram : latokpoppop_

Tiktok : nurfazlinaaaa 

No Tel : 013-8985359

SOFEAHIJAB adalah satu jenama tudung milik seorang usahawan yang bernama Puan Supiahton yang berasal dari Sungai Besar Selangor. Beliau menjual Tudung Cotton Plain yang mempunyai pelbagai warna dan boleh didapati di PEDi Sungai Haji Dorani atau boleh tempah melalui Whatsapp atau Tiktokshop beliau di @/Sofeasupiahton . Tudung Cotton Plain dijual dengan harga yang sangat murah dan tudung amat mudah dibentuk untuk dipakai untuk hari-harian. 

No Tel : 012-9071922

Laman Choco adalah milik seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar,Selangor. Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1 Kg Sungai Haji Dorani adalah HQ bagi pembuatan Choco Crispy’yang mempunyai ramai agent dari pelbagai negeri.

Selain daripada kilang penghasilan Choco Crispy, D’Laman Choco juga telah mengembangkan bisnesnya dengan membuka Kafe yang terletak di lokasi yang sama. Menariknya kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Laksa,Bakso,Keropok Lekor,Pizza Homemade,Waffle pelbagai topping,Kopi,Custom Choco Jar dan banyak lagi. Kafe ini juga mempunyai laluan “Drive-Thru”. Selain itu, D’Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi. Akan datang, D’Laman Choco juga mempunyai beberapa unit Homestay juga di lokasi yang sama.

Nama : D’Laman Choco

Alamat Premis : No.6, Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi : 9 pagi – 7 Petang (Rabu-cuti)

No Tel : 011-24400097 (En Farhan)

Hairul Barber Shop yang beralamat di No 25 Jalan D/P 5, Taman Dorani Perdana, Sg Haji Dorani dimiliki oleh seorang usahawan muda bernama Hairul Nazlie yang berasal dari Sungai Besar, Selangor. Kedai beliau menawarkan servis memotong rambut, merapikan jambang, mencuci rambut bagi lelaki, menjual ppelbagai jenis pomade dan barangan penjagaan rambut serta menjual barangan elektronik. Selain itu, beliau juga membuat perkhidmatan memotong rambut ke rumah bagi warga emas atau OKU yang terlantar. 

 

Alamat Premis :No 25 Jalan D/P 5, Taman Dorani Perdana, Sg Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi - 9.30 malam (Dibuka Setiap Hari)

No Tel : 011-65535953