1.NASI KANDAR MELAYU

Bila dengar Nasi kandaq sahaja terfikir kedai mamak, tapi di Sungai Besar terdapat satu kedai makan nasi kandaq melayu yang diusahakan oleh orang melayu. Mempunyai rasa yang padu dan puas hati bila sekali makan pasti nak lagi. Nasi kandaq melayu ini mempunyai pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng rempah,ikan bawal goreng, sayur kobis goreng dan bendi. Menu utama tengahari adalah nasi kandaq dan pada belah petang pula nasi lemak dan satay legend.

Alamat : Jalan Aman, Taman Nirwana Indah, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi : 11.30 pagi smpai 9.30 malam.
No. Telefon : 016-545 6542 ( Zalia )

Homestay JKKK memberi perkhidmatan sewaan rumah penginapan homestay dan pelbagai pakej untuk lawatan dan aktiviti menarik di sawah padi atau tepian pantai.

Maklumat Homestay JKKK

1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara rumah berasingan bagi pelawat pakej lawatan  ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ).

2. Pusat perhimpunan dan taklimat lawatan , makan minum dan aktiviti dalaman pelawat akan dilakukan di Pusat Aktiviti Sawah HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani .

3. Semua aktiviti luaran seperti memancing / menggagau ikan , naik sampan / rakit , naik gerabak motor / mini traktor dan lain-lain dilakukan di PUSAT AKTIVITI PANTAI atau PUSAT AKTIVITI SAWAH .. Manakala aktiviti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

4. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan.

Kenudahan lain disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD dan alatan untuk BBQ.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELIA HOMESTAY DI TALIAN O19-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil )  email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

hometay jkkkk Q3 2019

 

 

Berikut merupakan lokasi-lokasi menarik di Sungai Haji Dorani dan sekitar Sungai Besar.

 

 Pasar Sungai Haji Dorani

Pengunjung boleh singgah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani yang beroperasi seaawal pukul 4 petang setiap hari. Terdiri daripada banyak gerai makanan laut yang menawarkan pelbagai tangkapan segar yang terus dihantar ole nelayan. Gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan seperti kuih muih, barang dapur serta masakan tempatan juga boleh didapati disini. Pasar ini beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad.

 6

 

Homestay Air Manis, Sungai Besar.

Penginapan dikelilingi pemandangan sawah padi dilengkapi perkakasan rumah, dapur yang lengkap dan ruang tamu yang luas. Sesuai untuk percutian keluarga.Terdapat dua buah rumah yang ditawarkan iaitu rumah loteng dan rumah tinggi pada kadar RM120 sehingga RM200.Hubungi Pengerusi Persatuan Chalet Air Manis 016-6895763 (Subani Marzuki) atau 019-2415735 (Ustaz Wan) untuk maklumat lanjut.Homestay ini juga dikenali sebagai D’Sawah Bendang Homestay. Layari laman web D’Sawah Bendang Homestay untuk maklumat lanjut.Homestay ini terletak di No 2, Jalan Parit 6 1/2 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.

 

Masjid Jin Panchang Bedena.

Terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Sungai Besar, Masjid Lama Panchang Bedena ini yang dibuka sejak 1905, bukan sahaja mempunyai 1001 misteri, tetapi juga seni bina yang cukup menarik untuk diteliti.

Cerita-cerita mistik yang berlaku di masjid ini antaranya pengalaman aneh pengunjung masjid yang mendengar suara berzikir walaupun masjid berkenaan kosong ataupun beralih tempat duduk dan tidur, sememangnya sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan mahupun pengunjung masjid itu.