Dalam usaha untuk memperluaskan peranan dan fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada masyarakat, satu Sesi Libat Urus Komuniti Madani Daerah Sabak Bernam telah dianjurkan melibatkan 13 NADI di bawah Kluster Sabak Bernam, Selangor.
Sesi libat urus itu antara lain melibatkan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh pihak MCMC Negeri Selangor mengenai fungsi dan faedah NADI kepada komuniti setempat.
Kerjasama yang terjalin antara Komuniti Madani dan NADI adalah penting dalam mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI selain menggalakkan komuniti untuk memanfaatkannya.